atasi sakit pinggang

Hmm… macam biasalah yer jangan terkezut lak ngan tajuk entri nie. Petua nie tentang kaedah atau cara-cara yang boleh kita usaha dan amalkan untuk merawat sakit pinggang. Bukanlah ia petua camna nak bagi sakit pinggang… hehe..
Okey, let’s get serious… zaman skang nie che petua perasan ramai yang merungut sakit sengal-sengal belakang dan sakit pinggang. Agaknya sebab berjam-jam duduk dalam kereta melayan arus ‘traffic jammed’ kot…
Waktu dulu kalau orang dah berumur sangat barulah ada yang berhadapan ngan masalah sakit pinggang, tapi zaman sakit belakangsekarang nie budak sekolah rendah pun dah ada yang sakit pinggang hatta terpaksa menggalas beg sekolah yang beratnya 10 kilogram setiap hari… huhu..
che petua sendiri pun kekadang ada masalah sakit pinggang nie. Satu penyelesaiannya ialah dengan sapu minyak angin yang che petua beli kat pasar… Hmm.. setakat nie kira berkesanlah jugak.. Lepas disapu minyak tu dalam 2-3 jam, rasa sakit tu reda.
Bagi mereka yang lain mungkin dah berbotol-botol minyak yang digunakan, tapi takde satu pun yang betul-betul berkesan… huhu..
Untuk itu bagi sesiapa yang mengalami masalah sakit pinggang, di sini che petua kongsikan beberapa petua untuk menyembuhkan sakit pinggang secara tradisional…

Petua Merawat Sakit Pinggang

Dengan halia Ambil 3 batang halia dan satu genggam asam jawa. Cuci halia, parut dan campurkan dengan asam jawa hingga sebati. Sapukan ramuan pada pinggang yang sakit.

Dengan daun kecubung

Petua ni untuk yang mengalami masalah sakit tu dalam tempoh lama yang mana sebelum ini dibiarkan sahaja dan sekarang ni baru terfikir nak berikhtiar. Dan, juga bagi mereka-mereka yang dah pergi check dengan doktor dan dah make sure bahawa ada sakit lain selain daripada sakit pinggang semata-mata. Sambil berikhtiar dengan ubatan moden, boleh lah juga amalkan petua ini. Ambil 10 helai daun kecubung yang ditumbuk bersama kapur sirih sehingga hancur. Kemudian tampalkan ramuan tu pada bahagian pinggang yang sakit. Lakukan 2-3 kali sehari sehingga pinggang tidak lagi terasa sakit.

Dengan daun nona

Petua ni rasanya memang elok sangat untuk nona-nona zaman sekarang. Cari 20 helai daun nona. Rebuskan daun tersebut dengan 5 gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal 3 gelas sahaja. Untuk sembuhkan sakit pinggang, minum air rebusan tu sekali sehari sebanyak setengah gelas setiap kali minum.

ilmu petua:

sakit pinggang, ubat sakit pinggang, petua hilangkan sakit pinggang, rawatan sakit pinggang, petua sakit pinggang

atasi sakit pinggang Rating: 4.5 Diposkan Oleh: danang andrian