atasilah dengan cara ini bila tangan kelesiuh

Pernah tak anda mengalami masalah tangan tergeliat atau terseliuh? Memang mencabar sangat bila tangan yang selalu kita gunakan setiap hari sakit dan membengkak. Ini telah saya alami semenjak ahad lepas. Jom baca apa yang telah berlaku dan cara saya menanganinya!
tangan terseliuh
Adalah menjadi rutin mingguan saya untuk menjenguk anak-anak buah di Setiawangsa. Dan seperti biasa, petang ahad saya akan bersiap-siap untuk pulang ke Nilai. Saya mula rasa sakit pada pergelangan tangan sewaktu berkemas namun saya tak berapa nak endahkan sebab pada hemat saya, ni lenguh-lenguh biasa sahaja.
Sehinggalah saya tiba di rumah kira-kira jam 7 malam. Saya rasakan pergelangan tangan semakin berbisa sakitnya. Lengan pun sudah mula membengkak. Saya syak yang saya memang terseliuh!
Aduhai. Malam tu memang saya tak dapat nak berlasak sangat masa tidur sebab sakit. Apa yang saya fikir mesti nak telan 4 biji Ostematrix kerana ia mampu melegakan sengal tulang dan sendi. Alhamdulillah memang saya dapat tidur dengan nyenyak.
Keesokkan harinya saya memang menggagau bertanya perihal tukang urut kepada kawan-kawan pejabat. Sampai mak cik cleaner pun saya call sebab tangan yang bengkak tu memang sakit. Dan saya tak dapat nak lakukan rutin kerja saya seperti menaip dengan sempurna.

Misi Mencari Tukang Urut Di Opis Berhasil!

Setelah penat menelefon ke sana dan kemari, akhirnya saya berjumpa juga dengan tukang urut segera. Dan dia memang boleh mengurut. Beliau yang saya maksudkan adalah kak Harlina. Berkebetulan pula ada minyak gamat dekat dengan meja kerja beliau, maka dengan minyak gamat itulah beliau mulakan proses mengurut pergelangan tangan saya.
Sakit tu memang tak payah nak cerita. Tapi saya cuba lawan kesakitan itu sama macam saya buat semasa mek siam buat urutan kaki “Thai Massage” tempoh hari. Sakit sangat tapi alhamdulillah saya dapat rasakan ada perbezaan sebelum dan selepas mengurut.

Sapuan Kapur Dan Limau Nipis Amat Membantu!

Sesudah mengurut, Kak Harlina menasihati saya menyapu campuran kapur dan limau nipis dibahagian yang bengkak tadi. Alhamdulillah, memang rezeki saya kerana rakan sekerja yang pernah terseliuh masih menyimpan campuran tersebut di dalam drawer beliau.
Saya segera menyapu kapur tersebut dan ini akan membantu menyurutkan bahagian yang bengkak dengan lebih cepat. Sangat bagus petua ni sebab memang sejuk dan lega rasanya sesudah menyapu kapur tadi.
Saya kembali ke makmal di tempat saya bertugas dan mendapatkan kotak “First Aid” untuk mencari bandage. Sepatutnya anda JANGAN BALUT bahagian yang bengkak tadi dengan bandage tau. Saya meletakkan bandage di bahagian yang di sapu kapur kerana setelah kapur tadi kering, ia seolah-olah berhabuk dan akan mengotorkan meja kerja saya. Jadi saya hanya letakkan untuk mengelakkan kapur tadi berhabuk dan berterbangan.

Berjumpa Doktor Untuk Khidmat Nasihat

Selepas waktu bekerja saya ditemani rakan serumah ke klinik panel berdekatan iaitu Klinik Mediveron Nilai untuk mendapat khidmat nasihat pakar perubatan. Doktor yang bertugas pada petang tersebut adalah Dr. Zuki Othman. Beliau meminta saya melakukan beberapa pergerakan tangan untuk memastikan bahawa tulang saya tidak patah dan hanya terseliuh.
Alhamdulillah selepas pemeriksaan ringkas, doktor memberikan penerangan lanjut apa yang perlu saya lakukan selanjutnya.Doktor menerangkan sedikit sebanyak apa yang berlaku semasa terseliuh dan beliau memberi tips RICE kepada saya sepanjang tempoh penyembuhan ini. Apakah itu RICE?
  • R adalah REST atau merehatkan pergelangan tangan dari melakukan kerja-kerja berat.
  • I adalah ICE atau Ais dalam bahasa melayu. Ais bermaksud saya perlu tuam bahagian yang membengkak agar ia lebih cepat kembali normal. Ais perlu diletakkan di dalam kain yang bersih dan di tuam untuk 15 ke 20 minit. Proses tuaman ini perlu dilakukan 3 kali sehari selama 3 hari berturut-turut.

  • C adalah merujuk kepada COMPRESSION. Saya sempat bertanya pada Dr. Zuki bolehkan saya mengenakan bandage untuk mengelakkan pergerakan tanpa sengaja yang menyebabkan tangan saya semakin sakit. Dr. Zuki mencadangkan saya mengenakan wrist guard berbanding bandage. Lalu saya segera mendapatkan wrist guard berjenama Dr. Med di farmasi berdekatan dengan harga hanya RM18 sahaja. Rupanya memang sebijik dalam gambar di bawah ini.
atasilah dengan cara ini bila tangan kelesiuh
  • E pula merujuk kepada ELEVATION. Elevate bermaksud meninggikan bahagian terseliuh dari paras jantung. Mengapa? Sebenarnya perkara ini mempengaruhi tempoh proses penyembuhan. Ini kerana, apabila bahagian terseliuh direndahkan, akan berlakunya pengumpulan cecair dan darah serta menambahkan kebengkakkan pada bahagian tersebut. Maka, dengan meninggikan bahagian yang bengkak dari paras jantung, ia dapat mengurangkan kebengkakkan selain membantu memendekkan tempoh proses penyembuhan.
atasilah dengan cara ini bila tangan kelesiuh

Dr Zuki turut membekalkan saya ubat anti-inflammation (anti radang) untuk melegakan kesakitan dan satu tiub krim untuk di sabu setelah 3 hari saya memakai wrist guard. Alhamdulillah, masuk hari kedua saya dah mula rasa semakin pulih dan semoga esok saya mampu memandu tanpa bantuan wrist guard lagi.
Semoga perkongsian kali ini membantu anda yang mengalami masalah terseliuh dan tergeliat tidak kira di bahagian sendi yang mana sekalipun. Jangan lupa RICE ya!

atasilah dengan cara ini bila tangan kelesiuh Rating: 4.5 Diposkan Oleh: danang andrian